Monday 31 January 2011

Baca dan Renungkan.....(sekadar perkongsian)

Good reading...

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.
Saat Adam sedang lena
tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa
.
Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang
hilang dan saat menemukan wanita
untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami
masa yang indah dan manis
untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini
mulai tenggelam dalam
kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada.
Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka
mulai menyisihkan impian
dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar
dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran
WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak
"Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara
spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini!
Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku
untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan,
tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin
untuk diceduk kembali. Dengan berlinang
air mata, WANITA kembali ke rumah dan
mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi.
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin,
tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.
WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali.
Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan
bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui
WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya
dan merasakan sakit di hatinya.
Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia
merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport,
tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan,
mereka dipisahkan hanya
oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan
berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi.
Telefon saya kalau kamu berkesempatan.
Kamu tahu nombor telepon saya kan ?
Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu
di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar
WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC.
Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk
kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.
Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA,
tulang rusuknya sendiri yang telah
dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau
kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu
datang di kemudiannya, akibatnya setelah
kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat... .

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai
dengan sepenuh hati...
Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata
kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?
Kira merasakan akan menyakitinya,
sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk
kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

(Sumber: Taman2 syurga)
Berfikirlah sebelum bertindak....InsyaAllah kita selamat!

No comments:

Post a Comment